Thursday 4 September 2014

INTRO...

Terciptanya blog sebagai salah satu cara untuk aku mencatatkan serba sedikit perjalanan aku untuk menurunkan berat badan.Kurus....yesss bonus bagi aku.Target utama aku adalah untuk kesihatan...Baru balik dari hospital menjaga ayah yang menderita pelbagai penyakit yang punca utamanya adalah pemakanan dan obesiti.Keluarga aku semuanya badan berisi.Buat masa sekarang...dalam adik beradik aku adalah yang paling 'terkurus'.In syaa Allah target aku adalah untuk turunkan lagi 10 kg.Aku seorang surirumah sepenuh masa.Sudah ada 2 orang anak bujang dan umur pun dah 30'an.Tapi bagi aku masih belum terlambat untuk mulakan misi kurus dan sihat.Moga2 aku akan terus kuat dalam azam untuk turunkan berat badan.Misi bermula.....

No comments:

Post a Comment